Motivasi Buat Saya & Kamu yang Memikul Amanah Yang Sangat Berat

Beberapa
 motivasi untuk para huffaz agar terus memelihara al-Quran yang telah 
dihafaz walaupun ia bukannya mudah dan menuntut komitmen sepanjang 
hayat.
Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga
Dari
 Ali bin Abu Talib, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan 
memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk 
sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk 
masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).
Berada dalam rahmat ALLAH
Dari
 Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak 
ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan 
mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, 
diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa 
disebut-sebut oleh ALLAH di kalangan para malaikat (yg di langit)." 
(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
Diberi ganjaran pahala
Dari
 Abdullah bin Mas'ud r.a.; katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Quran), maka dia 
akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu 
digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu 
satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim 
satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi).
Al-Quran sendiri akan memberi syafaat
Daripada
 Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. 
bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang 
pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat
 muslim).
Dipakaikan mahkota pada hari kiamat
Daripada
 Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di 
dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada 
hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya 
matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan 
kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya 
sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)
Semoga kita kekal istiqamah menjaga, memahami, mengamalkan dan menyampaikan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an..











0 comments:
Post a Comment